Wednesday, August 15, 2018

Sakit pinggang



Ramai mengalami sakit pinggang, dia punya menangkap tu adeh! Cara nak kurangkan rasa sakit, kena rehatkan dikawasan pinggang.

Macam mana ya? Alat diperlukan pasti ada dirumah anda..

* Ambil bantal kecil (bantal sofa boleh atau bantal baby) sederhana keras (tidak terlalu lembut/keras).
* Tuala mandi 3 helai gulungkan

Cara-caranya:

- Posisi anda secara baring terlentang
- Letak bantal kecil dibawah pinggang (betul2 dibahagian lekuk pinggang)
- 1 tuala letak dibawah lutut
- 1 tuala letak dibawah betis antara tumit
- 1 tuala letak dibawah tengkuk

Lepas tu, bagaimana? 

Baring & rehat selama 10-15minit, inshallah kurang sikit rasa kekejangan tu..bukan terus baik ya, nak lagi best berurut la.. insyallah sakitnya akan berkurangan..

Monday, October 10, 2016

Refleksologi pada Tangan

Tangan manusia juga mempunyai titik-titik tertentu untuk bahagian organ-organ tertentu. 

Urutan bahagian tertentu pada tangan akan mencetuskan rangsangan terhadap organ tersebut.



Detox guna Serai atau Lemongrass

Serai amat penting untuk menyokong sendi-sendi, mengurangkan kolestrerol, menambahbaikan mata dan bermacam-macam lagi.

Berikan minuman serai/lemongrass kepada customer anda sebagai nilai tambah.



Friday, September 23, 2016

Saturday, April 11, 2015

Sunday, February 8, 2015

Urutan Bahagian Perut

Urutan di bahagian perut memberi manafaat kesihatan tertentu.  

Antaranya adalah melegakan sembelit dan rasa tidak selesa di bahagian perut.  

Urutan yang tidak betul pada bahagian perut akan menyebabkan masalah sembelit dan kesakitan yang lebih teruk.  

Urutan di bahagian perut ini bukan antara prosedur wajib dalam kalangan tukang urut


Monday, December 29, 2014

Urut Tradisional Melayu




Rawatan Urut Tradisional Melayu adalah rawatan urut yang dijalankan oleh orang Melayu untuk membetulkan Urat dan mengeluarkan angin dari badan sejak berpuluh tahun yang lalu.[Dari segi perubatan modem sebenarnya tiada istilah angin]

 Rawatan Urut Tradisional Melayu ini masih diamalkan oleh masyarakat Melayu kerana Rawatan Urut Tradisional Melayu ini amat berkesan untuk merawat segala penyakit.

Ia adalah bentuk rawatan pengubatan alternatif. Langkah-langkah rawatan urut tradisional ini dijalankan oleh pengamal perubatan alternatif bagi urut tradisional.


 Urutan Tradisional Melayu Seluruh badan atau Full Body Massage

 1. Semasa Meniarap

  • Urut Tapak Kaki dan Jari 
  • Urut Betis dan Labu Betis 
  • Urut Belakang Peha 
  • Urut Punggung 
  • Urut Belakang Badan 
  • Urut Tulang Belikat 
  • Urut Belakang Leher/Kepala 
  • Urut Belakang Lengan 
  • Urut Bahu and Rusuk Leher 


 2. Semasa Terlentang

  •  Urut Betis/Tepi Tulang Kering 
  • Urut Peha Luar/Dalam 
  • Urut Perut 
  • Urut Lengan dan Ketiak 
  • Urut Tangan dan Jari 
  • Urut Dada dan Tulang Rusuk 
  • Urut Muka 


 3. Semasa Bersila

  •  Urut Rusuk Leher dan Bahu 
  • Urut Belakang Leher dan Kepala 
  • Urut memegang dan menarik rambut
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...